Saturday 19 July 2014

SPM ADD MATHS - BAB1 Tingkatan 4

Bab 1 : Fungsi

1.   Fungsi ialah sejenis hubungan khas yang mana setiap objek dalam domain mempunyai hanya satu imej dalam kodomain.

clip_image001clip_image002




         


          Hubungan satu    dengan satu              Hubungan satu dengan satu
                         ialah fungsi                                                  ialah fungsi

2.   Fungsi nilai mutlak ditakrifkan oleh

clip_image003clip_image004
                                                                                 Graf fungsi nilai mutlak
                                                                            clip_image005

3.   Jika f ialah suatu fungsi yang memetakan set A kepada set B dan g ialah suatu fungsi yang memetakan set B kepada set C, maka gf ialah fungsi gubahan  f diikuti dengan g yang memetakan set A terus kepada set C.

clip_image006
4.   Jika   clip_image007 ialah suatu fungsi yang memetakan x kepada y, maka songsangannya ditandakan sebagai f-1Fungsi songsang ialah suatu fungsi yag memetakan y kembali kepada x.

clip_image008
clip_image009

SPM BM - Bahan-Bahan Penulisan


A. Penanda Wacana


AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

o Pada era globalisasi ini,
o Dalam meniti arus kemodenan ini,
o Dalam melangkah ke era modenisasi, o Dewasa ini,
o Sejajar dengan era globalisasi kini,
o Pada alaf moden ini,
o Mutakhir,
o Dasawarsa ini,
o Akhir-akhir ini,
o Memang tidak dinafikan bahawa


CONTOH AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

Sesungguhnya, pelbagai usaha yang menyeluruh perlu dilakukan bersama-sama untuk menangani masalah ini supaya tidak menjadi barah yang sukar diubati.

AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

o Pada hemat saya...
o Kita dapat menyaksikan bahawa
o Pada pandangan saya ...
o Umum mengetahui bahawa
o Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ... 

SPM BM - Pantun Lapan Kerat


MAKSUD
Rangkap 1

Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.

Rangkap 2
Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah.

Rangkap 3
Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.

TEMA
Keagamaan

PERSOALAN
  1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1)
  2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2)
  3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)
BENTUK
  1. Mempunyai 3 rangkap.
  2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.
  3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
    Contoh : ikan teluk parang-parang ( 3 perkataan rangkap 2) 
    Contoh : biarlah sabar dengan perlahan ( 4 perkataan rangkap 1)
     Contoh : Di tepi halaman menanam kubis ( 5 perkataan rangkap 1)
  4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata.
  5. Rima akhir abcdabcd
  6. Bentuk pantun terikat.
GAYA BAHASA
  1. Unsur bunyi
    Asonansi -
    kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6) 
    Aliterasi bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

  2. Sinkof
    Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

  3. Kata ganda
    Anak ketam disangka
    lelabi (rangkap 2 baris 2)
     Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4) 
    Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5) 
    Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1)

  4. Unsur alam
    Tumbuhan
    kubis, papaya 
    Haiwan ikan , ketam, lelabi 
    Alam hutan, langit, bumi
NILAI
  1. Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis.
  2. Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah Allah kepada kita.
  3. Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.
PENGAJARAN
  1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan.
  2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin.
  3. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu. 

SPM SEJARAH - Kertas 3

Cadangan Soalan Kertas 1249/3

Soalan:
Huraikan pengaruh Hindu-Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara dan menghubungkaitkannya dengan kemajuan negara kita pada hari ini.
Soalan
Isi dan Huraian
Markah
1
Pengenalan

Jelaskan cara-cara kedatangan pengaruh Agama Hindu-Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara

F1-Golongan Ksyatria atau tentera
F2-Golongan penakluk dari India
F3-Golongan pedagang atau Vaisya
F4- Golongan Brahmin atau pendeta
F5-Pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik
F6-Disesuaikan dengan budaya tempatan




5
2
Aspek-aspek yang menerima pengaruh Hindu-Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.

Terangkan aspek-aspek yang menerima pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara

i Sistem pemerintahan (20M)
F1-kerajaan awal di Asia Tenggara mengamalkan system pemerintahan yang di ketuai oleh seorang ketua/gelaran Raja digunakan .
F2-sistem pemerintahan beraja kerajaan awal di pengaruhi oleh agama Hindu-Buddha.
F3-raja menjadi ketua kerajaan/kuasa mutlak
F4-raja dibantu oleh kerabat diraja
F5-pembesar
F6-ahli agama
F7-golongan Brahmin
F8-raja mempunyai kuasa dalam aspek pentadbiran/ hubungan luar/ketenteraan/ khazaman harta.
F9-raja berkuasa membuat undang-undang untuk mengukuhkan kedudukannya.
F10-rakyat tidak berhak mempertikaikan setiap undang-undang dan perlu mematuhi undang-undang tersebut.
F11-raja dikehendaki menjalankan pemerintahan yang adil untuk rakyatnya.
F12-rakyat takut untuk menderhaka walaupun raja tidak berlaku adil
F13-rakyat percaya raja adalah bayangan tuhan mengikut konsep dewa raja
F14-raja dikatakan mempunyai kuasa kesaktian yang menyebabkan lahirnya unsur mitos /lagenda tentang asal usul raja.
F15-pelbagai adat istiadat telah diwujudkan
F16-adat istiadat dijalankan oleh golongan brahmin
F17-membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah
F18-raja di Asia Tenggara bercita-cita untuk menjadi raja yang terulung
F19-raja mendirikan kompleks kota
F20-konsep alam semester atau orde kosmos
F21-mengikut konsep orde kosmos negara di anggap sebagai suatu alam semester/raja dan ibu kota di anggap pusat alam/pemerintahan.
F22-raja bertanggungjawap mengatur kesejahteraan negara dan rakyat/selaras dengan darma

ii Bahasa (10M)
F1-Bahasa Sanskrit adalah bahasa sarjana/terdapat pada buku-buku agama/batu bersurat
F2-digunakan untuk mencatat keagungan kerajaan
F3-salasilah raja /batu bersurat kerajan kutei di Kalimantan
F4-sebahagian besar inskripsi di Palembang adalah ditulis dalam bahasa melayu kuno berkaitan dengan pemerintahan.
F5-dipahat pada batu yang memerlukan kemahiran yang tinggi/disamping kemampuan menguasai bahasa Sanskrit.
F6-telah di buktikan penduduknya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam seni memahat tulisan pada batu agar ia tidak pecah dan dapat di baca.
F7-bahasa Sanskrit menambahkan perkembagan kesusateraan di Asia Tenggara melalui epic Ramayana/Mahabrata/Puranas
F8-ia menyumbangkan kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusateraan klasik Asia Tenggara.
F9-Bahasa Sanskrit telah digunakan bagi tujuan arahan dan pemberitahuan ditujukan kepada rakyat.
F10-merupakan bahasa keagamaan seperti yang terdapat dalam kitab-kitab berkaitan keagamaan
F11-pengaruh epik ini dapat dikesan dalam kesusateraan jawa kuno iaitu dalam bentuk puisi /prosa
F12-cerita-cerita lisan dan teater seperti Wayang kulit banyak di pengaruhi oleh cerita yang terdapat dalam epik Ramayana / mahabrata.






30
Markah


3


pengaruh Hindu-Buddha dalam binaan Candi Angkor Wat dan Borobudur

Sejauh manakah binaan Angkor Wat dan Borobudur melambangkan pengaruh Hindu-Buddha

Angkor Wat
F1-dibina untuk agama hindu
F2-dibina ke utara Siem Reap dan melambangkan orde kosmos
F3- mempunyai tempat pemujaan dibahagian tengah
F4-binaan teres bertingkat empat / setiap sudut mempunyai menara
F5-bahagian luar terdapat tembok batu laterit dan batu pasir
F6-tembok mempunyai ukiran yang menggambarkan epik Ramayana dan mahabratha.
F7-merupakan monument keagamaan terbesar di dunia.
F8- melambangkan ketinggian nilai seni dan kepakaran pengukirnya.
F9-pintu besar Angkor wat mengarah ke barat di kaitkan dengan tuhan Vishnu
F10-dianggap sebagai Candi dan juga kubur

Candi Borobudur
F11-dibina pada zaman kerajaan sailendra di jawa
F12-mewakili agama Buddha Mahayana
F13- terbahagi kepada 3 tingkat
F14-setiap tingkat mewakili 1 tahap kehidupan yang diwakili oleh patung dan stupa
F15-pada tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha.
F16- tiga tingkat itu melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu Sila,Samadhi dan Panna seperti ajaran Buddha.
F17-nama candi ini berasal daripada nama Bsumisambarabhudana
F18-nama ini bermaksud “Gunung timbunan kebaikan di atas sepuluh peringkat Bodhisattva”
F19-candi terdiri daripada 9 tingkat dengan pagar langkah relief lukisan Buddha.
F20-bahagian atas di anggap tertinggi dan lambang pencapaian nirwana.
F21-Panna –aspek kebijaksanaan
F22-Samadhi-aspek penumpuan
F23-Sila- aspek moral






15
Markah















4
Kemasukan ilmu dan teknologi dari negara luar dapat memajukan negara

F1   Melahirkan insan yang kreatif
F2   Melahirkan insan yang berdaya saing
F3   Melahirkan insan yang inovatif
F4   Melahirkan insan yang berfikiran terbuka
F5   Meningkatkan pemikiran
F6   Meningkatkan kemahiran
F7   Menambah ilmu yang sedia ada
F8   Meneroka bidang baru
F9   Mempunyai kebolehan menjangka perubahan baru
F10  Penciptaan dan penemuan baru/ pertanian / perindustrian /
        Pembuatan
F11  Bangunan Menara Berkembar Petronas
F12  Kelahiran kereta nasional
F13  Kemajuan system pengangkutan sepert LRT
F14  Melahirkan ahli sukan cemerlang cth : Datu Lee Chong Wei
F15 Melahirkan angkasawan Negara yang pertama
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

15
Markah
5
Kejayaan yang dicapai oleh negara hasil daripada sifat keterbukaan pengaruh luar.
F1  Pertukaran teknologi
F2  Peningkatan ilmu
F3  Kelahiran Negara demokrasi
F4  Kepelbagaian senibina
F5  Kepelbagaaian budaya
F6  Memperkayakan bahasa
F7  Memperkayakan kesusasteraan
F8  Kepelbagaian makanan
F9  Kecemerlangan dalam sukan
F10 Mengendalikan pelbagai bentuk perniagaan ke peringkat antara
       Bangsa
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

10
Markah

6

Generasi  hari ini dapat mempertahankan warisan bangsa dalam aspek kesenian dan kebudayaan:
F1  Memelihara bangunan bersejarah
F2  Memulihara bangunan bersejarah
F3  Menjaga bangunan antik
F4  Mempromosi tempat-tempat bersejarah pada pelancong
F5  Mempromosi kebudayaan bangsa
F6  Menyertai pertandingan kebudayaan di peringkat luar Negara
F7  Memperagakan pakaian tradisional kepada pelancong luar
F8  Menaik taraf muzium Negara
F9  Mengadakan program citra warna
F10  Menubuhkan kelab warisan di sekolah
F11  Mewujudkan sudut / galeri / bilik warisan di sekolah
(Mana-mana jawapan yang munasabah)







10
Markah
7
Nilai-nilai murni / iktibar yang diperoleh dari sifat keterbukaan masyarakat Malaysia

F1  Kerjasama
F2  Inovatif
F3  Kreatif
F4  Berdaya saing
F5  Positif
F6  Optimis
F7  Berani
F8  Gigih
F9  Yakin diri
F10  bangga sebagai rakyat Malaysia
(Mana-mana jawapan yang munasabah)


10
Markah

8

Iktibar
-           Mempunyai sifat keterbukaan
Pengetahuan yang diperoleh
-           Kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia
Harapan
-           Memilih pengaruh luar yang positif
-          Mempertahankan warisan bangsa
-          Mempunyai jati diri



5
Markah

Saturday 12 July 2014

PT3 Sejarah Tugasan 2014 : Langkah Mengekalkan dan Memantapkan Perpaduan (Rujukan

PT3 - Cabaran Mengekalkan Perpaduan Kaum : PT3 Sejarah Tugasan 2014 (Rujukan)

PT3 - Faktor Pengukuhan Perpaduan Kaum : PT3 Sejarah Tugasan 2014 (Rujukan)

PT3 Sejarah - Tugasan, Sejarah Kepentingan Perpaduan Kaum : PT3 Sejarah Tugasan 2014 (Rujukan)

PT3 - Contoh Rumusan : Tugasan Sejarah PT3 2014 (Rujukan)

Friday 11 July 2014

Cara Pengiraan Merit


Tugasan Sejarah PT3 2014: Cabaran Mengekalkan Perpaduan Kaum

 Cabaran Mengekalkan Perpaduan Kaum





(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )


Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu  politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia bagi  mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di negara ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan. 

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi kesedaran kebangaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular  yang tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Penyalahgunaan media sosial

Penyalahgunaan media sosial  telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya  kerenggangan kaum kerana banyak menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi.  Penyebaran berita palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya  menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang mampu mengguggat keamanan negara.

Campur tangan kuasa luar juga boleh melunturkan perpaduan di negara ini. Beberapa individu yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat dan Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh dianggap cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan sesama jenis dan hak golongan  lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan menjadikan isu ini sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada anggota masyarakat.

Thursday 10 July 2014

Tugasan Sejarah PT3 2014: Kepentingan Perpaduan Kaum




Tugasan Sejarah PT3: Rencana Berkaitan Perpaduan Kaum di Malaysia.
Bahan dan rujukan untuk isi berkaitan kepentingan perpaduan kaum.



PERPADUAN PENTING DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN NEGARA

Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.

Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.

Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.

Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam  mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.

Kepentingan Perpaduan Kaum

1. masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
2. perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram
3. pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara
4. menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia
5. menaikkan imej negara di mata negara lain
6. membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa

Kepada calon PT3, inilah contoh penulisan rencana yang dikehendaki dalam tugasan Sejarah PT3. Namun begitu, rencana ini tidak lengkap kerana maklumat atau isi yang dikehendaki dalam tugasan yang diberikan tidak cukup. Sekiranya diperhatikan, rencana ini hanya memaparkan tentang kepentingan perpaduan kaum sahaja. Jadi, calon perlu memasukkan faktor, cabaran dan langkah mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum sebelum membuat rumusa. 

Rujukan: 
1.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/15970-perpaduan-penting-dalam-menjamin-keharmonian-negara.html