Contoh Rumusan : Tugasan Sejarah PT3 2014 (Rujukan)
.
RUMUSAN
i. Saya amat bersyukur kerana saya dapat mengumpulkan segala maklumat dari pelbagai sumber rujukan yang ada. Kajian yang dilakukan selama seminggu ini. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari dan mengetahui lebih lanjut tentang perpaduan di Malaysia. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia. Melalui pemerhatian secara tidak langsung, saya sedar bahawa perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik.
ii. Perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama.Secara tuntasnya, kajian ini telah menyedarkan saya tentang betapa pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah dan sabar dalam melakukan sesuatu kerja. Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan Negara.
iii. Saya berharap agar warga Negara Malaysia akan sentiasa mematuhi segala syarat dan undang undang serta tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh tokoh yang telah berkorban demi kemerdekaan dan keamanan Malaysia.

.