Saturday 19 July 2014

SPM BM - Pantun Lapan Kerat


MAKSUD
Rangkap 1

Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.

Rangkap 2
Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah.

Rangkap 3
Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.

TEMA
Keagamaan

PERSOALAN
  1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1)
  2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2)
  3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)
BENTUK
  1. Mempunyai 3 rangkap.
  2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.
  3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
    Contoh : ikan teluk parang-parang ( 3 perkataan rangkap 2) 
    Contoh : biarlah sabar dengan perlahan ( 4 perkataan rangkap 1)
     Contoh : Di tepi halaman menanam kubis ( 5 perkataan rangkap 1)
  4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata.
  5. Rima akhir abcdabcd
  6. Bentuk pantun terikat.
GAYA BAHASA
  1. Unsur bunyi
    Asonansi -
    kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6) 
    Aliterasi bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

  2. Sinkof
    Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

  3. Kata ganda
    Anak ketam disangka
    lelabi (rangkap 2 baris 2)
     Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4) 
    Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5) 
    Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1)

  4. Unsur alam
    Tumbuhan
    kubis, papaya 
    Haiwan ikan , ketam, lelabi 
    Alam hutan, langit, bumi
NILAI
  1. Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis.
  2. Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah Allah kepada kita.
  3. Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.
PENGAJARAN
  1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan.
  2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin.
  3. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu. 

No comments:

Post a Comment