CABARAN
Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi di dalam membina perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia:
I. Cabaran dari segi pembangunan dan pendapatan tidak seimbang yang dialami oleh rakyat daripada sesuatu keturunan bangsa.
II. sistem pendidikan bermula sejak zaman pemerintahan British pada abad ke-19. Malaysia dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.
III. Penumpuan terhadap sektor ekonomi yang berbeza paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan. Perbezaan ini diaturkan oleh pihak British melalui sistem pecah dan perintah. Perbezaan ini juga telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum di Tanah Melayu.