FAKTOR
i. Antara faktor perpaduan di Malaysia ialah rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri seseorang, mereka akan sedar bahawa mereka sebenarnya merupakan satu bangsa tanpa mengira warna kulit tetapi matlamat untuk memperjuangkan nasib tanah air yang disayangi adalah sama.
ii. Peristiwa berdarah pada 13 mei 1969 berlaku apabila terdapat parti parti politik telah menimbulkan isu isu sensitif yang telah menyentuh kaum tertentu dalam kempen pilihanraya 1969.
iii. Penubuhan parti politik di Tanah Melayu bermula pada tahun 1940 apabila kesedaran politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di Tanah Melayu.