Tuesday 8 July 2014

PT3 - Kajian Sejarah - Panduan


CONTOH
PT3 2014 
TUGASAN SEJARAH
Kajian Perpaduan Kaum di Malaysia


         Objektif Kajian
  • -  Menambahkan pengetahuan tentang konsep sebenar perpaduan kaum di negara kita.
  • -  Memberi iktibar tentang kepentingan perpaduan kaum di Malaysia
  • -  Menyenaraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
  • -  Mengetahui cabaran-cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum.
  • -  Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum.
  • -  Memupuk semangat patriotisme dalam diri sendiri dan juga kalangan generasi muda melalui
        kajian ini. Bak kata perpatah, “bersatu teguh, bercerai roboh”.
  • -  Memberi pengalaman yang bernilai semasa menjalani kajian tersebut. 


     Kaedah Kajian

    Sebanyak 4 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersistematik.

    i. Borang soal-selidik
    Sebanyak 20 keping borang selidik telah diedarkan kepada penduduk pelbagai kaum untuk diisi. Penduduk yang disoal-selidik adalah lingkungan umur 20 tahun hingga 70 tahun dan terdiri daripada pihak lelaki dan perempuan.

    ii. Temu bual
    Seorang tokoh politik, Yang Berhormat En. ______________, telah ditemu bual untuk
    mendapatkan pendapat terhadap perpaduan kaum di negara kita. Tokoh ini dipilih kerana beliau merupakan ADUN pilihan rakyat daerah ____________.

    iii.Rujukan
    Maklumat tambahan juga dilayari dari Internet, dan dibaca dari majalah, buku teks sejarah dan sebagainya di Perpustakaan ________________.

    iv. Lawatan
    Lawatan ke Jabatan Penerangan Negeri di ____________________ juga dilakukan pada ___ Julai 2014 pada jam ________. Banyak maklumat dalam bentuk risalah dan pamplet dari Jabatan ini. 


    Kepentingan Perpaduan Kaum

    Masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika rakyat pelbagai kaum hidup bertoleransi dan bersatu-padu. Ini dapat dilihat dengan budaya kunjung-mengunjungi terutamanya pada musim- musim perayaan. Jelaslah bahawa keharmonian masyarakat adalah kerana perpaduan masyarakat pelbagai kaum.

    Selain itu, perpaduan kaum mampu menarik pelancong ke negara kita. Ramai pelancong tertarik dengan keunikan budaya masyarakat berbilang kaum yang hidup aman sentosa. Sebagai buktinya, pada tahun 2012, seramai 25.03 juta orang pelancong asing berkunjung ke negara kita. (akhbar Berita Harian, tarikh _______, halaman ______)

    Di samping itu, perpaduan kaum juga dapat membangunkan ekonomi negara. Pelabur asing akan berpusu-pusu menanam modal di sesebuah negara yang stabil. Baru-baru ini pelabur dari pelbagai negara asing telah melabur modal sebanyak RM ______juta ke dalam projek Iskandar di negeri Johor ((akhbar The Star, tarikh _______, halaman ______


     Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum

    Antara faktor utama yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan adalah masyarakat
    malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap kaum mempunyai agama dan kebudayaan yang berbeza. Masing-masing kurang memahami antara satu sama lain dan menganggap mereka sahajalah yang terbaik.

    Perbezaan pendapat politik juga tidak kurang diperbahaskan. Kempen-kempen pilihanraya kerap kali menimbulkan pelbagai isu sensitif yang akan memburukkan lagi masalah perpaduan. Jelaslah bahawa demi kepentingan parti politik tertentu, ada pihak yang sanggup meletakkan perpaduan negara bagai telur di hujung tanduk.

    Penglibatan pelbagai kaum dalam ekonomi yang berbeza turut menyebabkan jurang pendapatan yang berlainan. Sememangnya satu dasar ekonomi bersama perlu dirancangkan sebelum timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan pelbagai kaum dan menjejaskan perpaduan negara. 


    Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum

    Terdapat beberapa cabaran yang perlu diharungi oleh setiap lapisan masyarakat. Cabaran yang utama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dengan tujuan yang sama bak kata perpatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Ini terjurus ke arah masyarakat penyayang dan negara yang aman dan selaras dengan konsep
    1 Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau budaya.


    Cabaran kedua ialah bagaimana mewujudkan masyarakat yang patrotisme dan cintakan negara. Setiap lapisan masyarakat perlu memiliki sikap persefahaman, penyayang, setia dan berbangga dengan negara sendiri disamping sanggup berkorban demi membentuk negara yang cemerlang.
    Mewujudkan masyarakat yang matang dalam nilai keagamaan, kejiwaan dan beretika tinggi serta bermoral juga merupakan cabaran yang penting. Selaras dengan prinsip rukun negara yang bertujuan membentuk masyarakat yang maju bukan sahaja dalam kebendaan malah kerohanian sekali gus.


    Langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum

    Pelbagai usaha boleh diambil untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum sebelum “nasi menjadi bubur”. Antaranya adalah pengenalan sekolah wawasan. Melalui sekolah wawasan, pelajar dari pelbagai kaum dapat berinteraksi dan hidup dengan harmoni.
    Selain itu, akiviti sukan juga perlu diberi perhatian. Contohnya, dalam pertandingan Piala Thomas baru-baru ini, rakyat berbilang kaum bersatu-padu memberi sokongan penuh kepada pasukan negara semasa menentang pasukan negara Jepun. Jelaslah bahawa aktiviti sukan dapat memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelbagai kaum.

    Usaha kerajaan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan merupakan langkah utama untuk menyatukan masyarakat melalui komunikasi. Benarlah bahawa adalah tidak mustahil kita dapat melahirkan masyarakat yang bersatu-padu apabila rakyat pelbagai kaum dapat menguasai Bahasa Melayu.

    Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan langkah yang selari dengan Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Mahathir Mohd bin Abdullah. Konsep ini berasaskan nilai-nilai perpaduan dan patriotisma yang merupakan pemangkin ke arah kemajuan negara. 

    Rumusan

    Tanpa prasangka, perpaduan merupakan agenda utama para pemimpin negara kita. Sikap bertolak-ansur, hormat-menghormati antara kaum harus sentiasa berada di dalam jiwa nyawa setiap kaum demi memupuk persefahaman yang kukuh. Isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan perpaduan harus disingkirkan.

    Penekanan berterusan harus diberi kepada pengecilan jurang ekonomi di bandar mahupun di luar bandar, pendapat politik yang sepakat serta pembentukan masyarakat sehaluan. Cabaran- cabaran untuk mengekalkan perpaduan bukan sahaja setakat dilaung-laungkan sahaja tetapi dipraktikan dengan segera.

    Ini memberi iktibar kepada diri kita, bangsa dan masyarakat dengan harapan negara terus maju dan aman disamping menjadi teladah kepada dunia. 




    RUJUKAN
    1. Akhbar
      1. Berita Harian, Tarikh ?, Halaman ?
      2. The Star, Tarikh ?, Halaman ?
    2. Internet
      1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0729&sec=Dalam_Negeri&pg=dn _04.htm
      2. http://hand-book-1996.blogspot.com/2011/05/usaha-usaha-mengekalkan-perpaduan- kaum.html
      3. http://tzulhafizsyam.blogspot.com/2013/04/waj-3106-bagaimana-cara- mengekalkan_9215.html
    3. Majalah / Buku
      1. Buku teks Sejarah, Tingkatan 2, Halaman ?
      2. Buku teks Sejarah, Tingkatan 3, Halaman ?
      3. Kamus Dewan dan Pustaka, Halaman ?
    4. T empat
      1. Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
        Alamat: __________________________________________________
        Tarikh lawatan: ____________________________________________
      2. Jabatan Penerangan Malaysia
        Alamat: __________________________________________________ 
        Tarikh lawatan: ____________________________________________ 





    Lampiran (1)
    1b (i) Borang soal selidik yang telah digunakan

    page16image3096
    1. Nama 
    2. Umur
    3. Jantina 
    4. Bangsa
    5. Alamat
    6. Pekerjaan
    7. Berikan tahap perpaduan kaum di negara kita.
    Sangat baik [ ] Baik [ ] Sederhana [ ] Kurang [ ]
    8. Berikan langkah-langkah yang boleh mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum.

    i. 
    ii.
    iii.
    iv.
    9. Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang perlu dihadapi?
    i. 

    ii.
    iii.
    iv.
    10. Sebagai seorang warganegara Malaysia, apakah yang anda akan lakukan untuk mencapai perpaduan kaum di negara kita? ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________
    page16image12264





    Lampiran (2)
    1b 
    (i) Soalan-soalan yang digunakan dalam temu bual

    page17image3944
    1. Nama
    2. Umur dan jantina
    3. Pekerjaan
    4. Bangsa
    5. Alamat
    7. Berikan tahap perpaduan kaum di negara kita.
    8. Berikan langkah-langkah yang boleh mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum. 9. Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang perlu dihadapi?
    10. Sebagai seorang warganegara Malaysia, apakah yang anda akan lakukan untuk mencapai

    perpaduan kaum di negara kita? 




    ######PANDUAN SAHAJA##########



    ****** PELAJAR TIDAK BOLEH TIRU BULAT-BULAT**********

No comments:

Post a Comment