Cabaran Mengekalkan Perpaduan Kaum
(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )
Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di negara ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.
Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.
Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi kesedaran kebangaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.
Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
Penyalahgunaan media sosial
Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang mampu mengguggat keamanan negara.
Campur tangan kuasa luar juga boleh melunturkan perpaduan di negara ini. Beberapa individu yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat dan Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh dianggap cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan sesama jenis dan hak golongan lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan menjadikan isu ini sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada anggota masyarakat.
No comments:
Post a Comment