LANGKAH-LANGKAH
Antara langkah-langkah yang dapat mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia ialah:
i. Mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong dan hari keluarga. Masyarakat tanpa mengira kaum turut sama berganding bahu.
ii. Mengadakan rumah terbuka dalam sesuatu perayaan juga turut dapat mengeratkan silaturrahim bersama tanpa mengira agama dan bangsa. Dengan cara itu, pelbagai bangsa akan berkongsi kegembiraan serta dapat bertukar tukar fikiran dan saling mengenali.
iii. Menubuhkan rukun tetangga di taman taman perumahan seperti mengadakan rondaan keselamatan bersama sama.