Sunday, 29 June 2014

KAJIAN KES PT3 SEJARAH -- LANGKAH-LANGKAH MENGUKUHKAN HUBUNGAN KAUM

LANGKAH-LANGKAH MENGUKUHKAN HUBUNGAN KAUM



ISU - HUBUNGAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA

Tugasan - Langkah-langkah mengukuhkan hubungan pelbagai kaum di Malaysia

Cadangan idea
  • masyarakat pelbagai kaum perlu melibatkan diri dalam setiap aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran.
  • masyarakat pelbagai kaum bersama-sama menyambut kedatangan pemimpin negara di kawasan kediaman
  • rukun tetangga dianggotai oleh rakyat pelbagai kaum demi menjaga keselamatan tempat tinggal
  • amalan menziarahi jiran yang sakit perlu diamalkan tanpa mempedulikan kaum
  • kunjung-mengunjung pada hari perayaan perlu sebati dalam masyarakat pelbagai kaum
  • ibu bapa menggalakkan anak-anak berkawan dengan rakan yang berlainan bangsa
  • ibu bapa membawa anak-anak menziarahi rakan mereka yang berlainan bangsa jika berlaku kematian atau sakit
  • ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengenai kesedaran betapa pentingnya memecahkan benteng perpaduan kaum
  • kerajaan perlu memberikan peringatan berulang-ulang kali kepada rakyat berkaitan musibah yang akan diterima jika tiada perpaduan kaum
  • pemimpin-pemimpin negara tidak memainkan isu-isu yang melibatkan perkauman terutama menjelang pilihan raya semata-mata untuk meraih populariti mereka
  • kerajaan perlu memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang pentingnya perpaduan kaum
  • media massa perlu banyak memaparkan rencana mengenai kepentingan perpaduan kaum

No comments:

Post a Comment