Thursday 10 July 2014

Tugasan Geografi PT3 2014: Konsep, Punca dan Kesan Pencemaran Udara

Konsep, Punca dan Kesan Pencemaran Udara






Pengenalan Kepada Konsep Pencemaran Udara


Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yangmenjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayuyang tidak terkawal.

Jenis Pencemaran Udara


Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder

Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal

Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.

Punca Berlakunya Pencemaran Udara


  • Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.
  • Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.
  • Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.
  • Penyemburan racun makhluk perosak
  • Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk
  • Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin.
  • Letusan gunung berapi
  • Pelepasan asap kenderaan
  • Aktiviti Perindustrian dan pembangunan

Kesan Pencemaran Udara 



Kesan terhadap Kesihatan Manusia
  • menjejaskan sistem pernafasan.
  • Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.
  • Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan matamanusia.

Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
  • Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. 
  • Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. 
  • Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.

Kesan Terhadap Haiwan
  • Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. 
  • Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara. 
  • Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.

Kesan Terhadap Bahan
  • Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain. 
  • Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer. 
  • Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2) di dalam udara. 
  • Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak. 

Kesan Terhadap Lapisan Ozon
  • Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. 
  • Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. 
  • Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. 

Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
  • Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. 
  • Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. 
  • Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.
  • Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlakus ecara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. 
  • Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumiini dan juga menjejaskan kualiti udara.


Rujukan: 
1.http://www.scribd.com/doc/6064805/Kesan-Pencemaran-Alam-Sekitar-Terhadap-Dunia-Hari-Ini
2.http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara.html

No comments:

Post a Comment