Wednesday 9 July 2014

PT3-- Sejarah - Pengenalan


2. Pengenalan

Mengikut kamus Dewan dan Pustaka, “Perpaduan” bermaksud _______________________ _________________________________. Walaupun rakyat Malaysia berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup dengan aman sentosa. Kemerdekaan yang dikecapi oleh generasi kini adalah hasil perjuangan dan perpaduan masyarakat kita. Oleh sebab Malaysia terdiri daripada sebuah masyarakat majmuk, maka perpaduan kaum amat penting untuk memastikan agar peristiwa gelap 13 Mei tidak berulang kembali.
Faktor-faktor pengukuhan perpaduan seperti pencerobohan Lahat Datu dan peristiwa kehilangan MH 370 sudah pasti tidak dapat diselesaikan tanpa perpaduan rakyat. Tidak hairanlah, pelbagai langkah dan kempen tidak putus-putus diambil oleh kerajaan untuk memantapkan perpaduan negara.
Maka, marilah kita sama-sama berganding bahu seperti “aur dengan tebing” mengharungi cabaran-cabaran ke arah perpaduan demi kedaulatan negara yang tercinta. 

No comments:

Post a Comment