KBKK SEJARAH
|
Bentuk soalan KBKK
|
Tips jawapan
|
1. |
Iktibar kontek diri |
Pendapat sendiri / logik / bersifat positif |
2. |
Iktibar kontek Negara |
Pendapat sendiri / logik/ bersifat positif |
3. |
Berdasarkan pengetahuan sejarah |
Fakta Sejarah / pendapat sendiri dalam kontek peristiwa sejarah yang ditanya |
Panduan menjawab
* Jawapan sebagaimana anda menjawab soalan karangan Bahasa Melayu* Jangan takut – keluarkan apa sahaja idea dan pendapat anda walaupun anda menganggap idea itu tidak hebat * Berikan pendapat yang ringkas dan mudah. Elakkan memikirkan idea/pendapat yang hebat-hebat * Pecahkan idea jawapan anda kepada isi-isi jawapan yang kecil * Berikan apa sahaja idea, jawapan tidak semestinya di dalam kontek sejarah. Semua aspek jawapan diterima. |
KONTEK DIRI SENDIRI DAN INDIVIDU
|
Contoh soalan: Berdasarkan pengkajian anda terhadap kegemilangan kerajaan Bani Umaiyah, terangkan iktibar yang boleh diambil untuk menjadikan Negara dan bangsa Malaysia lebih gemilang pada masa akan datang.( SPM 2011 ) |
Mulakan jawapan anda : Sebagai rakyat Malaysia kita perlulah / Negara kita perlulah… |
ASPEK POLITIK
KEPEMIMPINAN
- Memilih pemimpin yang benar-benar layak- Memilih pemimpin yang berwawasan - Memilih pemimpin yang jujur, amanah - Memilih pemimpin yang cemerlang - Menghargai/menghormati pemimpin - Menoloak pemimpin bersikap perkauman - Mencontohi pemimpin agung - Menghormati pemimpin Negara - Menolak pemimpin yang rasuah |
KEAMANAN
- Mengekalkan keamanan Negara- Tidak memainkan isu sensitif - Menghormati hak assay - Menghormati agama lain - Menghormati budaya lain - Mematuhi undang-undang Negara - Menolak sebarang bentuk keganasan - Mengamalkan konsep 1 Malaysia - Elak campur tangan asing - Menghormati amalan demokrasi - Menghargai keamanan - Tidak bersikap fanatik - Menegakkan undang-undang yang adil - Menghormati prinsip demokrasi - Menghormati suara ramai - Mewujudkan perpaduan kaum - Menolak politik perkauman |
HUBUNGAN LUAR
- Berhabat dengan semua Negara- Menghormati Negara lain - Menghapuskan diskriminasi - Bersama menentang gejala negatif - Tidak mencapuri urusan Negara lain - Mengelakkan peperangan - Elakkan campurtangan asing - Membantu Negara yang memerlukan - Adil kepada semua Negara - Menyokong usaha-usaha keamanan - Mengamalkan prinsip berkecuali - Mengelakkan perlumbaan senjata - Berpegang kepada nilai sejagat - Menentang penggunaan senjata nuclear - Menjalin hubungan diplomatik dengan Negara Asean, OIC, NAM, Selatan – Selatan - Menyokong keputusan PBB |
ASPEK EKONOMI
KEMAJUAN EKO
- Menggunakan semua sumber Negara- Meneruskan kecemerlangan sedia ada
- Berkerja kuat bagi memajukan ekonomi
- Menumpukan kemahiran tinggi
- Menambah bilangan pekerja mahir
- Mebina pusat latihan dan kemahiran
- Mengurangkan karenah birokrasi
- Berusaha dan produktif
- Mengekalkan kestabilan ekonomi
- Memajukan industry kecil dan sederhana
- Memajukan industry asas tani
- Memajukan perdagangan antarabangsa
- Berusaha menghasilkan produk berkualiti
- Memberi bantuan kewangan
- Memberi bantuan mesin
- Memberi bantuan teknikal dan nasihat
MENCARI PELUANG BARU
- Mencari peluang ekonomi yang baru- Meluaskan pasaran
- Meningkatkan kajian dan pembangunan
- Meningkatkan kemajuan sains dan teknologi
- Melakukan penyelidikan dan inovasi
- Menyediakan kemudahan asas
- Idea bertaraf dunia
- Mampu mereka cipta
- Menarik pelabur luar
- Keberanian mengambil risiko
- Mengantarabangsakan produk Negara
- Menyediakan pelbagai insentif
- Menumpukan kepada K-ekonomi
ASPEK SOSIAL
PENDIDIKAN
- Menekankan kepentingan pendidikan- Menambah peruntukan bagi pendidikan
- Melaksanakan dasar pendidikan wajib
- Memperbanyakkan pusat pengajian tinggi
- Menghargai para ilmuan
- Menggalakkan kajian dan penyelidikan
- Membudayakan pendidikan sepanjang hayat
- Memberi biasiswa
- Membudayakan ilmu
- Memperbanyakkan perpustakaan
- Menambah bilangan penuntut PHD
- Menghargai system pendidikan Negara
- Meluaskan capaian internet
HUBUNGAN KAUM
Meningkatkan perpaduan kaum- Bersedia bekerjasama
- Saling menghormati
- Saling menghargai
- Menghormati pegangan agama lain
- Menghormati amalan budaya lain
- Menghormati kebebasan beragama
- Menyokong kebudayaan kebangsaan
- Tidak membesarkan perbezaan yang wujud
- Mengamalkan nilai-nilai murni
- Membudayakan aktiviti bergotong-royong
- Semangat kejiranan
- Bertolak ansur
ALAM SEKITAR
- Menyokong pemuliharaan alam sekitar- Menyokong pemeliharaan alam sekitar
- Menyertai kempen alam sekitar
- Menjaga kebersihan
- Tidak membuang sampah merata-rata
- Menyokong teknologi hijau
- Mengelakkan pencemaran
- Menjimatkan tenaga
- Menyokong penggunaan tenaga solar
- Menyokong program kitar semula
- Mengelakkan pembakaran terbuka
KESIHATAN
- Sentiasa bersenam- Mengamalkan pemakanan seimbang
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan
- Menyokong kempen kesihatan
- Tidak merokok
- Tidak mengamalkan seks bebas
- Hindarkan penyalahgunaan dadah
No comments:
Post a Comment